Soalan Lazim:

Q. Bagaimanakah pemohon ingin mendaftar perniagaan francais di dalam sistem MyFEX 2.0?

Pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna di menu muat turun di dalam MyFEX 2.0

Q. Berapa lama tempoh diambil bagi permohonan pendaftaran francais?

Tempoh bagi mendapatkan kelulusan pendaftaran francais adalah satu (1) ke tiga (3) bulan setelah dokumen lengkap diterima.

Q. Bagaimana cara untuk pemohon ingin mendapatkan maklum balas kuiri?

Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel. Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, pemohon boleh terus menghubungi dan mengirim emel kepada pegawai proses (person in charge) atau menghubungi Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor  melalui emel francais@kuskop.gov.my

Q. Bilakah pemohon boleh membuat permohonan pembaharuan francais?

Pemohon boleh membuat pemohonan pembaharuan francais dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat kelulusan pendaftaran francais terdahulu dan tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas itu.

Q. Adakah syarikat asing perlu membuka akaun perbankan di Malaysia?

Syarikat asing tidak perlu membuka akaun perbankan di Malaysia.

Q. Adakah pemohon yang telah mendapat kelulusan di dalam sistem MyFex 1.0 perlu membuat pendaftaran semula di dalam sistem MyFex 1.0?

Ya, pemohon perlu membuat pendaftaran semula bagi mengekalkan tempoh berkuat kuasa pendaftaran francais tersebut.

Q. Adakah syarikat dikenakan fi proses/fi kelulusan bagi pendaftaran semula di system MyFEX 2.0 (kemaskini maklumat daripada sistem MyFEX terdahulu)?

Syarikat tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi pendaftaran semula kali pertama di sistem MyFEX 2.0.

Q. Berapa lama tempoh masa diberikan kepada syarikat untuk membuat pendaftaran semula?

Tempoh masa (grace period) diberikan kepada syarikat adalah 3 tahun mulai 1 Ogos 2022.

Q. Apakah itu pendaftaran semula?

Pendaftaran semula adalah pendaftaran francais yang didaftarkan semula di MyFex 2.0 (29 Julai 2022) setelah mendapatkan kelulusan di MyFex 1.0.

Q. "Saya telah membuat pendaftaran francisor pada sistem MyFex 2.0. Bagaimana saya ingin membuat pendaftaran francaisi?"

Pendaftaran francaisi boleh dibuat selepas pendaftaran francaisor diluluskan dan ianya perlu didaftarkan oleh pihak francaisor.

Q. Bagaimana jika syarikat (Francaisi) tiada SSM bagi negeri Sabah dan Sarawak?

Jika syarikat tiada SSM, Syarikat perlu muatnaik sijil/surat kelulusan PBT.

Q. Bolehkah syarikat membuat bayaran secara tunai?

Tidak boleh. Pembayaran hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi sistem MyFEX 2.0.