Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Sistem Portal MyFEX dan Aplikasi Mudah Alih MyFEX selepas ini dirujuk sebagai (Sistem) adalah Aplikasi Web dan Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan untuk membantu Kerajaan melancarkan Pendaftaran Francais. Aplikasi ini membolehkan anda (selepas ini dirujuk sebagai (pengguna)) memohon, menyemak dan melakukan proses berkaitan keperluan pendaftaran dan laporan tahunan perniagaan francais seperti yang diperuntukan di dalam AKTA FRANCAIS di Malaysia.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran pengguna yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer pengguna. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Sistem ini.
Maklumat Log
Apabila pengguna melayari Sistem ini, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yang dihantar oleh pelayar internet pengguna semasa melawat sesebuah laman web. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web pengguna, alamat protokol internet, tarikh dan masa bagi permintaan pengguna.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa pengguna melayari Sistem ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui e-mel atau pendaftaran akaun dan borang permohonan yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman ini.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Kenyataan privasi ini hanya terpakai untuk Sistem ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Sistem ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, pengguna akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.